Penerangan
GEBENG, 9 Ogos 2022 - Pegawai Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat Putrajaya, JAS Negeri Pahang dan JAS Cawangan Gebeng telah mengadakan satu lawatan tapak bagi permohonan kelulusan EIA aktiviti yang tertakluk di bawah Jadual Kedua, Perintah EIA 2015 di Kawasan Perindustrian Gebeng.
Tujuan Lawatan tapak diadakan bagi mendapatkan maklumat yang tepat di tapak cadangan projek berdasarkan kehendak Seksyen 34, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.