Penerangan
3 Ogos 2022 (Rabu), JAS Pulau Pinang telah menghadiri Program Persampelan Di Bawah Kajian Kebersihan Sistem Bekalan Air Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seberang Perai Utara yang turut disertai oleh PBA dan SPAN. Antara lokasi yang dipilih adalah kawasan tadahan air Sungai Kuala Ketil, Sungai Karangan, Sungai Pinang Tunggal, Rumah Pam Lahar Tiang, Pokok Sena dan Loji Rawatan Air Sungai Dua