Penerangan
26 Julai 2022 (Selasa), Pengarah JAS Pulau Pinang, Sharifah Zakiah binti Syed Sahab telah menghadiri tayangan perdana dokumentari alam sekitar “Bukan Nelayan Gila” atas jemputan Kelab Belia Prihatin Malaysia. Program ini diadakan sempena Hari Pemuliharaan Hutan Paya Bakau Sedunia yang diadakan di Spacerubix Impact Malaysia, Puchong. Majlis ini dirasmikan oleh YB Dato’ Mansor bin Othman, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air. Turut hadir Dato Mohd Rashid bin Hasnon, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat