Penerangan
SEMINAR PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL DAN PENYERAHAN LESEN PYDT ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) NEGERI SEMBILAN DENGAN KERJASAMA KELAB REKREASI JAS NEGERI SEMBILAN
18 Ogos 2022, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Rekreasi JAS Negeri Sembilan telah menganjurkan Seminar Pengurusan Buangan Terjadual dan Penyerahan Lesen PYDT anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan untuk industri di sekitar Negeri Sembilan. Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pihak industri terhadap keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 di bawahnya. Inisiatif ini diambil supaya pihak industri khususnya di Negeri Sembilan dapat memahami dan mengetahui hala tuju pengurusan Jabatan ini terhadap pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan di industri.
Seramai 350 orang peserta terdiri daripada wakil premis kilang kelapa sawit, perunding alam sekitar dan orang yang berwibawa (OYB) telah menghadiri seminar tersebut yang bertempat di d’Tempat Country Club, Sendayan, Negeri Sembilan. Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan.
Sehubungan itu, dengan adanya seminar dan penerangan ini dapat memberi kesedaran dan kefahaman tentang peruntukan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan keperluan pengurusan buangan terjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.