Penerangan
16 Ogos 2022, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah dijemput menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik & Elektronik dari Isi Rumah (Household E-Waste) yang telah diadakan pada hari ini bertempat di Menara TNB MITC, Melaka.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka menyokong usaha murni warga TNB Melaka dalam menguruskan serta mengumpulkan buangan elektrik & elektronik dari isi rumah bermula dengan pegawai-pegawai dan kakitangan TNB. JAS Melaka juga dimaklumkan program sama turut diadakan di TNB seluruh negara pada hari ini. Usaha murni Syarikat Berkaitan Kerajaan atau GLC ini wajar dijadikan contoh oleh semua pihak di dalam melestarikan alam sekitar dengan memulakan budaya kitar semula dari rumah.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jasmelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#JabatanAlamSekitar