Penerangan
Iskandar Puteri, 2 Ogos 2022 : Pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis yang berasaskan penyaduran berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis di bawah Peraturan 7(5) & 7(6), PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan Akuan Bertulis di bawah Peraturan 5(3) & 5(4), PPKAS (Efluen Perindustrian) 2009.
Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati pihak premis dan perunding mengemukakan maklumat yang perlu dilengkapkan pada lukisan "as-built".
Pemeriksaan lapangan mendapati rekod pemantauan prestasi penggahar tidak diambil bacaan yang tepat dan peralatan perlu dikemaskini. Pemeriksaan lapangan SPEP dijalankan mendapati terdapat paip boleh alih dan takat pelepasan akhir tidak mengikut spesifikasi. Disamping itu premis perlu membuat tembok pemisahan SPEP bagi mengelakkan perkara tidak diingini dan dapat dikawal. Alat pemantauan prestasi juga perlu dilengkapkan sebagaimana kehendak Dokumen Panduan Jabatan.
Pelantikan OYB juga diarahkan bagi alat kawalan yang memerlukan iaitu SPEP bagi jenis sistem fizikal-kimia dan biologikal serta penggahar (scrubber) bagi pengendalian sepanjang beroperasi
Tiga "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan pembetulan pada lukisan kejuruteraan dan rekod pemantauan prestasi mengikut rekabentuk dan operasi yang dicadangkan.