Penerangan
Tarikh : 9 Ogos 2022
Tempat : Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Kuala Lumpur
Lawatan kerja ini telah disertai oleh enam (6) orang pegawai JAS dan diketuai oleh Encik Rosli bin Mustafa (Pengarah Air dan Marin). Dari pihak MYSA pula, yang hadir ialah Encik Samsuddin bin Omar (Pengarah Bahagian Pembangunan ICT dan Geoiformatik), Encik Zuraimi bin Sulaiman (Pengarah Bahagian Pembangunan Aplikasi Strategik), Puan Norafiza Saleha binti Sahlan (Pengarah Bahagian Aplikasi Strategik) dan empat (4) orang Pegawai Penyelidik.
Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk mengadakan perbincangan serta mendapatkan informasi berkaitan teknologi imej satelit dan remote sensing di dalam pengesanan punca insiden tumpahan minyak di laut.