Penerangan
SESI LIBAT URUS BERSAMA JAS NEGERI BERKAITAN PENAMBAHBAIKAN PROSEDUR TETAP OPERASI (PTO) PENGUATKUASAAN EIA EDISI KETUJUH??
??Tarikh: 11 Ogos 2022 (Khamis).
?? Masa: 09.30 pagi - 12.45 tengah hari.
??Tempat: Bilik Cempaka, Aras 3, JAS Ibu Pejabat, Putrajaya dan secara dalam talian Google Meet.
??Anjuran: Bahagian Penilaian JAS Ibu Pejabat.
??Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 42 orang hadir secara fizikal dan dalam talian terdiri dari KPPK, KPP, pegawai kanan serta pegawai-pegawai Bahagian JAS Ibu Pejabat dan JAS Negeri.
????? Kehadiran JAS Sabah: PP(K)(SJ).
??Butiran Sesi Libat Urus:
1?? Sesi libat urus dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Dr. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan). Taklimat bengkel disampaikan oleh KPP Rohimi Harun.
2?? Pihak urusetia telah menerima beberapa ulasan JAS Negeri berkenaan PTO Penguatkuasaan EIA Edisi Tujuh semasa sesi libat urus bersama JAS Negeri pada 16/11/2021.
3?? Antara perkara yang dibincangkan antaranya ialah tentang mekanisme penyerahan kelulusan projek EIA Jadual 2 kepada JAS Negeri di dalam PTO perlu diperincikan.
4?? Penyediaan sasaran program tahunan Penguatkuasaan EIA juga perlu menimbang kriteria-kriteria seperti Laporan EIA yang telah ditolak dan lain-lain. Sehubungan itu, Dr. TKPP mengarahkan JAS Negeri memberi input berkaitan perkara ini.
5?? Urusetia turut memaklumkan bahawa surat perlanjutan maklumbalas Notis Arahan oleh pihak Penggerak Projek perlu dikemukakan sekiranya ada permohonan dan bergantung pada budibicara Jabatan. Walau bagaimanapun, prosedur tidak diperincikan di dalam draf PTO Penguatkuasaan EIA ini.
6?? Urusetia turut memaklumkan bahawa bagi kesalahan perlanggaran syarat-syarat kelulusan EIA yang nyata, pemakluman melalui notis perlu dikemukakan kepada Penggerak Projek.
7?? Dr. TKPP mencadangkan bagi EMP hanya perlu notifikasi kepada Jabatan dan bukannya kelulusan. Beberapa JAS Negeri menyokong cadangan ini. Walau bagaimanapun, kelulusan atau notifikasi LDP2M2 di dalam EMP perlu dibincangkan samaada diasingkan atau tidak.
8?? Dr. TKPP meminta urusetia mengagihkan 12 Bab di dalam draf PTO Penguatkuasaan EIA kepada JAS Negeri untuk ulasan masing-masing.
9?? Pihak urusetia akan mengemukakan emel berkaitan perkara ini untuk tindakan selanjutnya JAS Negeri dan pihak JAS Negeri diberi tempoh selama 2 minggu untuk mengemukakan maklumbalas.