PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

TAKLIMAT BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH BERKENAAN DENGAN SALURAN GAS SABAH SARAWAK (SSGP)

DOE Sabah 19/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TAKLIMAT BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH BERKENAAN DENGAN SALURAN GAS SABAH SARAWAK (SSGP)
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
19/08/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

TAKLIMAT BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH BERKENAAN DENGAN SALURAN GAS SABAH SARAWAK (SSGP) *??? ?? Tarikh: 11 Ogos 2022 (Khamis) ? Masa: 9.30 pagi ?? Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan, JAS Negeri Sabah ?????? Pengerusi: YBrs. Yaras Bin Hj. Yusup ?? Kehadiran JAS Sabah: PP(K) MAA, PPK(K) SL, PJ MFM ?? Butiran taklimat: 1?? Taklimat dimulakan oleh kata-kata aluan dan penghargaan daripada pengerusi atas kesudian pihak Petronas Carigali Sdn. Bhd. (SSGP) hadir ke JAS Negeri Sabah 2??Operasi SSGP adalah menghubungkan penyaluran gas asli daripada SOGT, Kimanis ke PLNG, Bintulu sejauh 512 km. Saluran paip sejauh 90km terletak di Sabah, iaitu saluran paip daripada Kimanis sehingga Sipitang. Sepanjang laluan tersebut terdapat 4 unit aset SSGP Sabah iaitu Stesen Injap BV101 di Bongawan, BV102 dan BV103 di Beaufort serta BV104 di Sipitang. 3??Setakat ini, buangan terjadual yang terhasil daripada aktiviti _pigging _ saluran paip, akan dikeluarkan di BV106 yang terletak di Miri dan dilaporkan kepada JAS Cawangan Miri, Sarawak melalui sistem eSwis. Buangan terjadual yang dihasilkan adalah sangat minimal. 4??SSGP telah diarahkan untuk melaporkan penghasilan buangan terjadual tersebut kepada JAS Negeri Sabah melalui Borang Pematuhan Syarat Kelulusan EIA (Borang 2-18) pada masa akan datang. 5??SSGP juga akan mengemukakan pemakluman kepada JAS Sabah mengenai operasi pelepasan gas (blowdown) pada masa akan datang dan melantik konsultant alam sekitar untuk memantau bunyi bising agar tidak melebihi had yang telah ditetapkan.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan