PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

LAPORAN KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL BIL. 01/2022 (I) SDC-KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN SEMULA PELANCONGAN MESILAU, SABAH DAN (II) SDC-KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN SEMULA PORING HOT SPRINGS, RANAU, SABAH

DOE Sabah 19/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL BIL. 01/2022 (I) SDC-KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN SEMULA PELANCONGAN MESILAU, SABAH DAN (II) SDC-KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN SEMULA PORING HOT SPRINGS, RANAU, SABAH
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
19/08/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

LAPORAN KEHADIRAN MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL BIL. 01/2022 (I) SDC-KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN SEMULA PELANCONGAN MESILAU, SABAH DAN (II) SDC-KAJIAN KEBOLEHLAKSANAAN BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN SEMULA PORING HOT SPRINGS, RANAU, SABAH ?? ??? Tarikh: 10 Ogos 2022 (Rabu) ?? Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengahari ?? Tempat: SEDIA, Bilik Mesyuarat, Tingkat 26, Menara Tun Mustapha, Yayasan Sabah ??????? Pengerusi: Ir. Dr. Chong Vun Leong, Timbalan Ketua Eksekutif Sektor Pembangunan SEDIA ?? Agenda Mesyuarat: ??Kata alu-aluan; ??Pembentangan Draf Laporan Inception Kajian (I); ??Perbincangan Berkaitan Pembentangan (I) ??Pembentangan Draf Laporan Inception Kajian (II); ??Perbincangan Berkaitan Pembentangan (II) ??Penutup ?? Perkara yang ingin dimaklumkan: ??????? Dua draf laporan inception bagi kajian (I) dan (II) telah dibentangkan oleh perunding, Uni-Technologies Sdn. Bhd. (UTM Skudai, Johor) dan telah diperakukan oleh ahli mesyuarat yang hadir ??????? Wakil JAS Sabah telah memaklumkan bahawa berdasarkan semakan rekod Jabatan dan sistem e-KAS, projek EIA yang pernah diluluskan di kawasan Kundasang dan Ranau adalah projek pembinaan loji kumbahan perbandaran (STP) pada tahun 2009. Manakala aktiviti industri (tertakluk AKAS 1974) di sekitar daerah Ranau dan Kundasang adalah terdiri daripada kilang papan & perabot, bengkel, hospital/klinik, resort & perhotelan, dan loji rawatan air. ??????? Pihak JAS memaklumkan stesen pengawasan manual kualiti air sungai di Sg Liwagu dan Sg Lohan bagi memantau status kualiti air sungai secara berkala dan indeks kualiti air (WQI). Semakan melalui Portal EQMP, Indeks kualiti air Sg Liwagu dan Sg Lohan sepanjang tempoh 3 tahun terkini menunjukkan pada tahap bersih (WQI = 81 - 95) dan kepekatan logam berat dalam keadaan yang terkawal. ??????? Bagi status kualiti udara dan IPU, tiada stesen pengawasan udara automatik yang berhampiran dengan kawasan Ranau dan Kundasang. Stesen pengawasan udara yang terhampir adalah terletak di Politeknik, Kota Kinabalu yang mana dilihat tidak representatif dengan mengambilkira jarak lokasi stesen yang jauh dan bentuk muka bumi di kawasan Ranau dan Kundasang yang berbukit-bukau. ?? Steering Committee akan dibentuk dan JAS tidak terlibat sebagai Ahli dalam Steering Committee* ?? Focus Workshop akan diadakan dalam masa terdekat bagi melengkapkan kajian yang perlu disediakan pada bulan November 2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan