Penerangan
MESYUARAT MEMBINCANGKAN MENGENAI PENGEZONAN INDUSTRI DI SIPITANG OIL & GAS INDUSTRIAL PARK (SOGIP) BAGI KAWASAN PROJEK LNG PETRONAS ???
?? Tarikh: 10 Ogos 2022 (Rabu)
? Masa: 2.30 - 4.00 Petang
?? Tempat: Atas Talian (Zoom Meeting)
??????? Pengerusi Mesyuarat: YBrs. Tuan SUT MID Sabah
?? Kehadiran JAS Sabah: PP FM (Unit EIA & IP)
?? Ringkasan Perbincangan:
?? Tujuan sesi perbincangan ini diadakan adalah bagi membincangkan isu-isu berkaitan zon tapak projek ZLNG yang terletak di atas laut di perairan Sabah berhampiran dengan kawasan SOGIP, Sipitang, Sabah.
?? Mesyuarat bersetuju dengan cadangan pihak JPBW untuk pihak MD Sipitang mengadakan mesyuarat penyelarasan zon bagi pelan daerah Sipitang bagi mendapatkan perakuan persetujuan cadangan penukaran zon tapak yang dicadangkan kepada industri.
?? Bagi membolehkan Mesyuarat Penyelarasan Zon diadakan oleh MD Sipitang, pihak SOGDC perlu mengemukakan surat permohonan kepada MD Sipitang terlebih dahulu. Tuan Pengerusi meminta pihak SOGDC untuk mengemukakan surat berkenaan dengan kadar segera.
?? Wakil JAS Sabah memaklumkan perakuan persetujuan cadangan penukaran zon ini adalah sangat penting bagi menyokong dan membolehkan Jabatan ini mempertimbangkan Laporan EIA untuk kelulusan kerana mematuhi Seksyen 34A4(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukan bahawa projek EIA yang dicadangkan hendaklah selaras dengan rancangan pemajuan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa.
?? Tuan Pengerusi meminta pihak SOGDC dan MID untuk membuat susulan bagi pelaksanaan mesyuarat ini sebelum Laporan EIA dikemukakan kepada pihak JAS secara rasmi yang dijadualkan pada 17 Ogos 2022.