Penerangan
TAKLIMAT AUDIT KUALITI DALAMAN (AKD) SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001: 2015??
??Tarikh: 10 Ogos 2022 (Rabu).
?? Masa: 10.00 pagi - 12.30 tengah hari.
??Tempat: Bilik Mesyuarat Teratai (Aras 4, Bahagian Penguatkuasa, JAS Ibu Pejabat) & Secara Dalam Talian Google Meet.
??Anjuran: Urus Setia MS ISO, Bahagian Penguatkuasa JAS Ibu Pejabat.
??Jumlah Kehadiran: Seramai lebih kurang 35 orang hadir terdiri daripada Auditor AKD dan Pengurus Dokumen SPK MS ISO 9001: 2015 JAS Bahagian dan Negeri.
????????? Kehadiran JAS Sabah: PP(K)(MJJ) & PP(K)(SJ).
??Butiran Taklimat:
1?? Taklimat dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pihak Urus Setia ISO melalui KPP Norazlina AB Rahim yang menerangkan secara ringkas tentang AKD SPK MS ISO 9001: 2015.
2?? Bagi tahun 2022, terdapat 10 JAS Negeri termasuk Ibu Pejabat terlibat AKD dan audit pensijilan semula oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. manakala JAS Sabah TIDAK tersenarai sebagai JAS Negeri yang terlibat.
3?? Perincian taklimat AKD SPK MS ISO 9001: 2015 seterusnya disampaikan oleh Ketua Auditor AKD JAS (KPPK Mohd Suhaimi Azmi).
4?? Beliau menekankan Fungsi Utama iaitu Pemprosesan EIA dan Penguatkuasaan EIA manakala Fungsi Sokongan (Klausa 7 & 8) seperti pentadbiran dan kewangan.
4?? Beliau memaklumkan bahawa Klausa 4, 5 & 6 hanya terpakai untuk JAS Ibu Pejabat manakala Klausa 7, 8, 9 & 10 untuk JAS Negeri.
5?? Beliau turut menyatakan bahawa senarai semak untuk tujuan AKD akan diberikan oleh pihak Urus Setia MS ISO kepada Ketua AKD JAS Negeri dan Ibu Pejabat.
6?? PP(K)(MJJ) dan PP(K)(SJ) auditor dari JAS Sabah bersama PP(K) Zuhariah Jon (JAS Sarawak) selaku Ketua Pasukan Auditor AKD bagi JAS WP Labuan akan melaksanakan pengauditan AKD pada 17 - 19 Ogos 2022.
7?? Slaid pembentangan pihak Urus Setia MS ISO dan Ketua Auditor AKD JAS dilampirkan sebagai rujukan.