Penerangan
MESYUARAT MEMBINCANGKAN ISU PENGURUSAN SISA PEPEJAL ECO PROCESSED POZZOLAN (EPP) DAN DEOILED BLEACHING EARTH (DOBE) DI POIC, LAHAD DATU ??
??? Tarikh: 5 Ogos 2022 (Jumaat)
?? Masa: 2.00 Petang - 4.00 Petang
?? Tempat: Tingkat 5, Bilik Mesyuarat, Wisma Kewangan, KK
??????? Pengerusi: YBrs. Tuan TSUT MID Sabah
?????????????? Kehadiran JAS Sabah: Pgh ABA & PP FM
?? Ringkasan Laporan Mesyuarat:
??????? Tujuan mesyuarat ini adalah bagi membincangkan isu-isu berkaitan Spent Bleaching Earth (SBE) yang digunakan oleh pihak Industri di POIC, Lahad Datu (EcoOils Sdn. Bhd. & Gamalux Oils Sdn. Bhd.) dan pelupusan residue (DOBE & EPP) serta cadangan kerjasama bagi menjalankan kajian bersama pihak UMS mengenai isu ini.
??????? Wakil JAS Sabah memaklumkan SBE merupakan bahan bukan buangan terjadual dan diuruskan sebagai sisa pepejal industri. Walau bagaimanapun, sebarang aktiviti pengimportan SBE daripada Indonesia, JAS Putrajaya (HQ) adalah agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan kelulusan Permit Import.
??????? Pihak POIC telah membentangkan mengenai latar belakang isu pelupusan enap cemar EPP/DOBE di beberapa kawasan sekitar di Lahad Datu dan isu pencemaran hexane yang dibangkitkan oleh NGO untuk makluman pihak UMS.
??????? Mesyuarat ini juga diadakan dengan pihak UMS adalah susulan daripada mesyuarat yang lepas yang telah bersetuju dengan cadangan JAS Sabah agar satu kajian khas dengan kerjasama antara agensi berkaitan dan UMS yang akan diketuai oleh MID Sabah bagi mengkaji kesan-kesan pencemaran alam sekitar jangka pendek dan jangka panjang daripada kerja-kerja pelupusan residue berkenaan ke atas/dalam tanah disamping memberi cadangan penyelesaian / alternatif pengurusan terbaik residue berkenaan untuk dilaksanakan oleh kedua-dua premis yang terlibat.
??????? Pihak UMS yang diwakili daripada Fakulti Sains & Sumber Alam yang diketuai oleh Prof. Dr. Sabihin telah bersetuju untuk menjalankan kajian berkenaan dan akan mengemukakan TOR kajian dalam masa terdekat (jangkaan 2 minggu). Diharapkan hasil kajian ini dapat digunakan untuk menyediakan garis panduan bagi pengurusan & pelupusan enap cemar DOBE/EPP dan menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh NGO.