Penerangan
BENTONG, 2 Ogos 2022 - Susulan aduan yang diterima dari penduduk kampung semasa taklimat di sini baru-baru ini, satu operasi bersepadu telah dijalankan bagi mengenalpasti punca kekeruhan di Hulu Sungai Benus, Janda Baik, Bentong, Pahang.
Operasi melibatkan Jabatan Alam Sekitar Cawangan Temerloh, Pejabat Hutan Daerah Bentong, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Bentong dan penggerak projek berdekatan hulu sungai tersebut.
Pemantauan yang dijalankan di sepanjang hulu sungai tersebut menemui beberapa 'land slide' yang berlaku.