PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

KURSUS KOMPETENSI PROTOKOL PERSAMPELAN BUANGAN TERJADUAL

DOE Sabah 05/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KURSUS KOMPETENSI PROTOKOL PERSAMPELAN BUANGAN TERJADUAL
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
05/08/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

KURSUS KOMPETENSI PROTOKOL PERSAMPELAN BUANGAN TERJADUAL ?? Tarikh : 1-4 Ogos 2022 ?? Tempat : The Palace Hotel, Kota Kinabalu ?? Penganjur : Institut Alam Sekitar Malaysia (EIMAS) ??????? Penceramah: 1) Tuan Ts.Zaidi Bin Mohamed@Awang 2) Tuan Abu Bakar Bin Tajudin 3) Tuan Haji Shaari Bin Amat 4) Tuan Kalana Bin Drahman ?? Jumlah peserta JAS Sabah : 32 Orang ?? RINGKASAN KURSUS: ??Peserta daripada JAS Sabah termasuklah JAS Cawangan (Sipitang, Sandakan, Tawau) terdiri daripada 4 Pegawai Kawalan Kanan, 1 Pegawai Kawalan, 16 Penolong Pegawai Kawalan dan 11 Penolong Jurutera. ??Kursus dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu latihan teori yang di sampaikan oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman dan bertauliah, ujian secara bertulis dan ujian praktikal/demonstrasi protokol persampelan buangan terjadual. ??Antara intipati penting dalam latihan teori ialah cara membuat dengan tepat tanda sampel, nombor rujukan sampel, cara penggunaan dan kepentingan peralatan perlindungan diri, cara penggunaan peralatan persampelan, cara pengisian borang secara tepat (borang analisis,COC, peta lakar), cara pengambilan gambar yang tepat, cara pengendalian sampel buangan terjadual, dan pengurusan bahan eksibit. ??Ujian secara bertulis diadakan pada 2 Ogos 2022 dan merangkumi 40% daripada markah keseluruhan manakala baki 60% adalah daripada ujian praktikal/demonstrasi protokol persampelan buangan terjadual yang diadakan pada 3-4 Ogos 2022. ??Peserta kursus juga didedahkan secara ringkas cara pengendalian kes pelupusan haram buangan terjadual. ??Pihak penganjur berharap agar semua peserta akan berjaya dengan cemerlang untuk menjadi pegawai yang kompeten dalam protokol persampelan buangan terjadual kerana ianya akan membantu dalam meningkatkan mutu kerja JAS Sabah. ??Sijil kehadiran kursus para peserta turut diserahkan semasa majlis penyerahan sijil oleh Timbalan Pengarah JAS Sabah, Tuan John Rampai pada 2 Ogos 2022. ?????????????? KOMEN PESERTA KURSUS: “Bukan hanya tertumpu kepada kumpulan pelaksana, kursus ini juga perlu untuk kumpulan pengurusan dan profesional bagi meningkatkan kemahiran teknikal masing-masing” PP(K) Suffian, JAS Sabah "Kursus ini memberikan pengetahuan bagi mengendalikan kes - kes pelupusan haram buangan terjadual". PPKK Sakinah, JAS Sabah "Kursus ini telah memberi pendedahan yang sangat mendalam berkenaan protokol persampelan BT dengan itu ianya membimbing saya untuk menjalankan tugas dengan lebih baik, cekap dan berkemahiran serta secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri untuk menjalankan tugas terutamanya berhadapan dengan kes atau isu yang berkaitan." PPK Zulhafizi, JAS Cawangan Sandakan "Kursus ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan & kemahiran teknikal pegawai JAS Negeri Sabah dalam persediaan & tatacara pengambilan sampel BT supaya seragam di seluruh Malaysia" PPK Anuar, JAS Cawangan Sipitang "Kehadiran pada kursus dapat memberi pengetahuan yang jelas kepada peserta berkaitan pengurusan sampel pelupusan haram buangan terjadual" PJ Shariff, JAS Cawangan Tawau

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan