PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT UNTUK MEMBINCANGKAN PERMOHONAN UNTUK MEMUDAHCARA ANTARA JABATAN KERAJAAN YANG BERKAITAN DENGAN PROJEK PETROVENTURE UNTUK MEMBANGUNKAN PETROLEUM OIL STORAGE AND REFINERY PLANT AT SIPITANG OIL AND GAS INDUSTRIAL PARK (SOGIP)

DOE Sabah 31/08/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT UNTUK MEMBINCANGKAN PERMOHONAN UNTUK MEMUDAHCARA ANTARA JABATAN KERAJAAN YANG BERKAITAN DENGAN PROJEK PETROVENTURE UNTUK MEMBANGUNKAN PETROLEUM OIL STORAGE AND REFINERY PLANT AT SIPITANG OIL AND GAS INDUSTRIAL PARK (SOGIP)
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
05/08/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

?? MESYUARAT UNTUK MEMBINCANGKAN PERMOHONAN UNTUK MEMUDAHCARA ANTARA JABATAN KERAJAAN YANG BERKAITAN DENGAN PROJEK PETROVENTURE UNTUK MEMBANGUNKAN PETROLEUM OIL STORAGE AND REFINERY PLANT AT SIPITANG OIL AND GAS INDUSTRIAL PARK (SOGIP) ?? ??? Tarikh: 4 Ogos 2022 (Khamis) ?? Masa: 11.30 pagi - 1.00 Petang ?? Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, Wisma Kewangan, KK ??????? Pengerusi: TSUT Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah ??????? Kehadiran dari JAS Sabah: PP FM (Unit EIA & IP) ?? Agenda Mesyuarat: ??Pendahuluan Pengerusi Mesyuarat; ??Taklimat oleh Petroventure Energy Sdn Bhd mengenai projek di SOGIP ??Perbincangan mengenai Keperluan EIA, Elektrik, Air dan sebagainya ??Hal-hal lain ??Penangguhan Mesyuarat ?? Ringkasan & Input Teknikal oleh JAS Sabah Mengenai Cadangan Pelaburan: ??????? Aktiviti yang dicadangkan adalah Depoh penstoran dan loji penapisan minyak mentah dengan lokasi tapak yang dicadangkan terletak di Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP) di bawah pengurusan SOGDC dengan keluasan tapak keseluruhan 250 ekar. ??????? Wakil JAS Sabah memaklumkan zon penampan minimum yang disyorkan adalah 1 KM daripada penerima sensitif alam sekitar seperti penempatan penduduk, sekolah, hospital dan lain-lain dengan merujuk kepada garis panduan SZIRA, 2012. Walau bagaimanapun, zon impak yang sebenar akan ditentukan daripada hasil kajian EIA yang perlu dijalankan. ??????? Mesyuarat dimaklumkan bahawa aktiviti yang dicadangkan adalah Aktiviti Yang Ditetapkan (AYDT) di bawah Jadual Pertama, Aktiviti Petroleum, 9(a) dan (d), Aktiviti Penjanaan Kuasa, 11(b) serta Jadual Kedua, Aktiviti 9(a) Loji Penapisan Minyak, Perintah EIA 2015. ??????? Kajian EIA yang dilaksanakan hendaklah berdasarkan garis panduan EIA JAS yang terkini iaitu "EIA Guidelines for Petroleum Industries, 2018". Laporan EIA perlu dikemukakan kepada JAS Ibu Pejabat, Putrajaya untuk kelulusan dengan tempoh pemprosesan EIA adalah 60 hari berkerja atau 12 minggu. ??????? Pihak penggerak projek diminta untuk merujuk kepada dokumen BATs yang diterbitkan oleh JAS iaitu "Dokumen BATs bagi Penyimpanan dan Pengendalian Produk Petroleum" dan "Dokumen BATs bagi Industri Minyak & Gas" yang mana perlu diaplikasikan dalam semua proses pengeluaran kilang dan sistem kawalan pencemaran (SKP) yang dicadangkan bagi mengurangkan impak pencemaran kepada alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan