PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

MESYUARAT PENGURUSAN SISA KOLAM ENAPCEMAR BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR

DOE Sabah 05/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MESYUARAT PENGURUSAN SISA KOLAM ENAPCEMAR BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
05/08/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

?? MESYUARAT PENGURUSAN SISA KOLAM ENAPCEMAR BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR ?? ??? Tarikh: 3 Ogos 2022 (Rabu) ?? Masa: 9.00 Pagi - 11.00 Pagi ?? Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Air Negeri Sabah, Tingkat 6, Wisma Muis, KK ??????? Pengerusi Mesyuarat: YBrs. En. Baharuhom bin KK Sogon (Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah) ??????? Kehadiran dari JAS Sabah: - TP John Rampai - PP(K) Melissa Joseph James - PP(K) Roslina Diwa - PP(K) Mardianah Aliska ?? Ringkasan Laporan Mesyuarat: ??Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan mengenai enapcemar daripada kolam Loji Rawatan Air (LRA) yang dikategorikan sebagai buangan terjadual (BT) dengan kod bungan SW204. ??Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa Jabatan Air memahami mengenai keperluan melupuskan SW204 dari LRA mengikut PPKAS(BT)2005. Namun begitu, disebabkan oleh kekangan kewangan, perkara tersebut masih belum diuruskan. SW204 yang terkumpul di sludge lagooN hanya dikorek dan enapcemar tersebut hanya dipindahkan di kawasan sekitar LRA tanpa dilupuskan di premis yang dilesenkan oleh JAS. ??Wakil JAS Sabah menerangkan mengenai garis panduan pengurusan enapcemar dari LRA iaitu melalui pengurusan khas buangan terjadual di bawah Peraturan 7, PPKAS (BT) 2005 iaitu melupuskan BT di tapak pelupusan khas (onsite/offsite) LRA, pelupusan BT di tapak pelupusan sanitari, kajian menjadi SW204 sebagai eco product dan menjadikan SW204 sebagai bahan untuk rehabilitation bekas tapak lombong atau sebagai soil conditioner. Penerangan juga adalah termasuk rekabentuk LRA yang perlu mempunyai dewatering system dan rawatan enapcemar kedua iaitu enapcemar dirawat di tapak pelupusan yang khas yang direkabentuk dengan clay compacted liner. ??Turut dibincangkan ialah Notis Arahan yang dikeluarkan kepada LRA di Kudat yang didapati efluen mengandungi parameter Manganese melebihi had yang ditetapkan. Pihak Jabatan Air memaklumbalas perkara tersebut dengan menyatakan mereka telah maklum isu Manganese tersebut adalah semulajadi daripada air daripada empangan Milau, Kudat dan dalam tindakan mengatasi perkara tersebut. ??Isu-isu penguatkuasaan di LRA iaitu keperluan Pemberitahuan Bertulis(PB) bagi janakuasa, bund wall bagi skid tank diesel dan pengurusan buangan terjadual selain SW204. ??Turut dicadangkan mesyuarat berkala iaitu sekali setahun di antara JAS dan Jabatan Air bagi membincangkan isu-isu daripada LRA.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan