Penerangan
?? MESYUARAT PENYELARASAN PERMOHONAN TANAH MAJLIS DAERAH SEMPORNA ??
??? Tarikh: 3 Ogos 2022 (Rabu)
?? Masa: 9.30 Pagi - 11.00 Pagi
?? Tempat: Bilik Mesyuarat KKTP, Tingkat 6, Wisma Innoprise, KK
??????? Pengerusi Mesyuarat: YBrs. Tuan Stanley Chong (TSUT I KKTP Sabah)
?? Anjuran: Majlis Daerah Semporna
??????? Kehadiran dari JAS Sabah:
- PP Mohd Fauzi Mahmud (Unit EIA & IP)
?? Ringkasan Laporan Mesyuarat:
?? Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan mengenai permohonan tanah yang dikemukakan kepada pihak Jabatan Tanah & Ukur (JTU) Daerah Semporna bagi cadangan pembinaan Tapak Pelupusan Sampah Daerah Semporna secara kekal.
?? Tuan Pengerusi menekankan bahawa permohonan ini adalah disifatkan sebagai agenda utama daerah Semporna dan mendesak dalam mencari tapak pembuangan sampah secara kekal. Tapak pelupusan ini bersifat sementara (jangkaan 5 tahun) dan pihak KKTP sedang dalam perancangan untuk pembangunan tapak pelupusan berpusat yang bertaraf sanitari (level 4) bagi pengurusan sampah di tiga (3) daerah, Lahad Datu, Kunak dan Semporna.
?? Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa, tapak pelupusan sampah yang dicadangkan adalah tapak pelupusan biasa yang tidak bertaraf sanitari (dumping site) dengan keluasan 150 ekar (tanah milik Sawit Kinabalu) sebagai langkah penyelesaian jangka pendek untuk menyelesaikan isu pengurusan sampah di Semporna yang sedang meruncing.
?? Wakil JAS Sabah memaklumkan mengenai keperluan untuk menggunakan kaedah dan teknik terbaik bagi pelupusan sisa pepejal iaitu melalui penggunaan tapak pelupusan yang bertaraf sanitari (level 4) bagi mengurangkan impak pencemaran kepada alam sekitar selaras dengan strategi dalam Dasar Alam Sekitar Negara 2002.
?? Wakil JAS Sabah juga memaklumkan mengenai strategi yang terkandung dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara 2016 yang menggariskan supaya semua fasiliti tapak pelupusan tidak sanitari ditutup dengan selamat dan hanya tapak pelupusan bertaraf sanitari sahaja yang dibina.
?? Mesyuarat dimaklumkan sekiranya cadangan ini diteruskan dengan pembinaan tapak pelupusan tidak bertaraf sanitari, ianya akan bercanggah dengan Dasar Alam Sekitar Negara 2002 dan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara 2016.
?? Wakil JAS Sabah juga memaklumkan mengenai keperluan kajian EIA bagi aktiviti pembinaan tapak penimbusan sanitari sisa pepejal yang tertakluk di bawah Aktiviti 14(b)(i), Jadual Kedua, Perintah EIA 2015 dan keperluan untuk penyelarasan zon tanah kepada pelan tempatan Daerah Semporna.