Penerangan
PROGRAM COMMUNICATION, EDUCATION AND PUBLIC AWARENESS (CEPA) DI BAWAH PEMBANGUNAN PROGRAM PENCEGAHAN DAN PEMANTAUAN KEBAKARAN TANAH GAMBUT SERTA KAWASAN LAIN YANG BERISIKO KEBAKARAN UNTUK MENGATASI JEREBU DI BAWAH RMK-12 NEGERI SABAH
Program kesedaran bersama komuniti di bawah program CEPA oleh JAS Sabah kali ke-4 telah diadakan pada ??? 30 Julai 2022 (Sabtu) bertempat ??? di Kampung Long Pasia, Sipitang!!
Long Pasia merupakan perkampungan etnik suku Lun Bawang/Lun Dayeh. Terdapat lebih kurang 1000 penduduk di Long Pasia. Nama Long Pasia diambil sempena dalam bahasa Lundayeh. Long bermaksud muara sungai, pa bermaksud abpa iaitu air dan sia bermaksud mesia iaitu merah. Kg Long Pasia ini juga boleh dikenali sebagai Kampung muara sungai air merah yang terletak di pendalaman Sabah yang bersempadan dengan negeri Sarawak dan Provinsi Kalimantan Utara, Indonesia.
Program yang berinformatif ini telah disempurnakan oleh Tuan Amirul Aripin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah dan dihadiri oleh *300 penduduk Kg Long Pasia yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
Rakan Agensi Kerjasama utama dalam program ini adalah Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan sokongan penuh oleh Ketua Kampung Kg. Long Pasia.
Aktiviti yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:-
?? Ceramah berkaitan yang disampaikan oleh wakil Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Sabah & Jabatan Kesihatan Negeri
?? Pocket Talks Alam Sekitar untuk kanak-kanak
?? Permainan Alam Sekitar
?Kuiz Alam Sekitar
?? Pertandingan Mewarna
???Penghasilan Lilin Drpd Minyak Masak Terpakai
??? Pameran Alam Sekitar
?? Demo penghasilan baja kompos oleh JPAS
?? Kempen Penanaman 100 Juta Pokok