Penerangan
?? TAKLIMAT DAN MESYUARAT LAPORAN EIA BAGI PROJEK “PROPOSED ROCK EXTRACTION AND CRUSHING ON CL.015518439 (3.589 HECTARES) AT MILE 7, INANAM, KOTA KINABALU, SABAH” ???
?? Tarikh: 28 Julai 2022 (Khamis)
? Masa: 9.00 Pagi - 12.30 Tengahari
?? Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 2, Wisma Budaya, KK
??????? Pengerusi: Pn. Daisy Aloysius (Timbalan Pengarah JPAS)
??????? Kehadiran JAS Sabah: PP FM
?? Agenda Mesyuarat:
?? Kata Alu-aluan Pengerusi;
?? Taklimat Laporan EIA oleh Perunding Alam Sekitar
??????? Penggerak Projek: Wangsa Billion Sdn. Bhd.
??????? Jururunding EIA: Envsolve Sdn. Bhd.
?? Perbincangan
?? Ringkasan & Laporan Mesyuarat:
1?? Mesyuarat ini telah dihadiri seramai lebih 25 orang yang mewakili Jabatan/Agensi di bawah kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, penggerak projek & jururunding EIA.
2?? Tujuan mesyuarat adalah bagi membentangkan dan membincangkan Laporan EIA yang telah dikemukakan oleh pihak penggerak projek dan jururunding EIA bagi cadangan aktiviti pengkuarian, pengekstrakan dan pemecahan batu di CL. 015518439, Mile 7, Inanam, Kota Kinabalu.
3?? Wakil JAS Sabah telah memberi input mengenai keperluan yang perlu dipatuhi oleh Penggerak Projek di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya khususnya dalam pengurusan buangan terjadual, kawalan pencemaran daripada pelepasan bahan pencemar udara dan habuk fugitif serta kawalan bunyi bising & gegaran. JAS Sabah juga telah mengemukakan ulasan teknikal secara bertulis ke atas Laporan EIA melalui surat bertarikh 24 Mei 2022.
4?? Pihak Penggerak Projek dan Jururunding EIA diminta untuk mengemaskini Laporan EIA dengan mengambilkira kesemua ulasan Jabatan dan agensi yang diutarakan semasa mesyuarat.