PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

SEMINAR PEMANTAPAN INDUSTRI SAWIT KE ARAH KELESTARIAN ALAM SEKITAR DI SABAH

DOE Sabah 05/08/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SEMINAR PEMANTAPAN INDUSTRI SAWIT KE ARAH KELESTARIAN ALAM SEKITAR DI SABAH
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
05/08/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

SEMINAR PEMANTAPAN INDUSTRI SAWIT KE ARAH KELESTARIAN ALAM SEKITAR DI SABAH Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah (Kelab JASAba) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah telah menganjurkan Seminar Pemantapan Industri Sawit Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar pada ?? 26 Julai 2022 (Selasa), ??Masa 8.30 pagi - 4 00 petang ?? bertempat di Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu, Sabah Objektif utama penganjuran seminar ini adalah untuk memberi kefahaman kepada pihak pengurusan kilang kelapa sawit (KKS) serta pihak industri yang berkaitan,berkenaan pematuhan terhadap syarat-syarat lesen disamping menerangkan tindakan perundangan yang boleh dikenakan kepada pihak kilang bagi ketidakpatuhan yang dilakukan. Selain itu peserta juga diterangkan tentang keperluan pemasangan iRemote di KKS berdasarkan PPKAS (Udara Bersih) 2014 dan perkongsian maklumat tentang amalan konsep pengeluaran bersih yang boleh diamalkan. ???????????? Seramai 209 peserta seminar yang terdiri daripada pengurus kilang sawit, konsultan alam sekitar serta technology provider telah menghadiri seminar yang dilancarkan oleh Tuan Amirul Aripin, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah. ????? *Sesi Dialog bersama Pihak Pengurusan JAS Sabah dan 4 penceramah juga telah diadakan. ?????? Tiga (3) buah kilang sawit telah menerima Anugerah Pematuhan AKAS 1974 Terbaik bagi tempoh 2019-2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan