PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAPORAN KES MAHKAMAH PADA 20.7.2022 MAHKAMAH SESYEN 2, KOTA KINABALU

DOE Sabah 05/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAPORAN KES MAHKAMAH PADA 20.7.2022 MAHKAMAH SESYEN 2, KOTA KINABALU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
05/08/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

*?LAPORAN KES MAHKAMAH PADA 20.7.2022 MAHKAMAH SESYEN 2, KOTA KINABALU??*
*Kes PP Vs. QL Agroventures Sdn Bhd* ???????????IO: PP Zulfi, PPKK Saharuddin, PJ Christe ???????PO: PKK NN ???????: Hakim: YA Pn. Elsie Primus ???Tarikh Kesalahan: 15 April 2021 ?? *Empat (4) pertuduhan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 (PPKAS(EP)2009)*: ??melepaskan efluen perindustrian melebihi had Standard B ke dalam perairan pedalaman seperti yang dinyatakan pada ruang keempat Jadual Kelima, Peraturan 11(1)(b), PPKAS(EP)2009, bagi (i) Parameter BOD5 pada 20 C dengan kepekatan sebanyak 290 mg/L melebihi had standad yang ditetapkan iaitu 50 mg/L *(Pertuduhan 1)*; (ii) Parameter Minyak dan Gris dengan kepekatan sebanyak 24 mg/L melebihi had standad yang ditetapkan iaitu 10 mg/L *(Pertuduhan 2)*; (iii) Parameter Nitrogen Ammonia dengan kepekatan sebanyak 57 mg/L melebihi had standad yang ditetapkan iaitu 20 mg/L *(Pertuduhan 3)*. ??melepaskan efluen perindustrian melebihi had Standard B ke dalam perairan pedalaman, seperti yang dinyatakan pada ruang keempat Jadual Ketujuh, Peraturan 12(b), PPKAS(EP)2009, bagi parameter COD dengan kepekatan sebanyak 1960 mg/L melebihi had Standard B iaitu 200 mg/L *(Pertuduhan 4)*. ??????OKS yang diwakili peguam telah mengaku bersalah terhadap empat (4) pertuduhan dan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah. Mahkamah berpuas hati dengan pengakuan bersalah, rayuan oleh OKS dan mempertimbangkan faktor kepentingan awam serta hujahan pendakwaan. *OKS dikenakan denda:* Pertuduhan 1: *RM10,000.00* Pertuduhan 2: *RM5,000.00* Pertuduhan 3: *RM8,000.00* Pertuduhan 4: *RM15,000.00* *Jumlah Denda: RM38,000.00* Sekian. Terima kasih. ??

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan