Penerangan
?? SABAH MASTER REEFING PLAN "MRP" WORKSHOP ??
??? Tarikh: 21 Julai 2022 (Khamis)
?? Masa: 9.00 Pagi - 5.00 Petang
?? Tempat: Shang-ri La Tanjung Aru Resort & Hotel, KK
?? Anjuran: PETRONAS Sabah & Labuan
?? Jumlah Kehadiran: Seramai lebih 25 orang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan / Agensi di bawah Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan serta PETRONAS Sabah & Labuan.
??????? Kehadiran dari JAS Sabah:
- PP Mohd Fauzi Mahmud (Unit EIA & IP)
?? Butiran Bengkel:
?? Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi mendapatkan maklumbalas dari Jabatan-Jabatan yang terlibat mengenai pilihan cadangan struktur pelantar minyak yang sesuai untuk 'Sabah Master Reefing Plan (MRP)'.
?? Struktur pelantar-pelantar minyak yang dicadangkan terdiri daripada pelantar yang dalam perancangan untuk proses penyahtauliaan (rigs decommissioning) dijangkakan pada tahun 2025 iaitu pelantar Tembungo-A & Tembungo-B.
?? Selain itu, sesi perbincangan juga telah dijalankan bagi menilai maklumbalas, respon dan input yang diterima dari semua pihak bagi mengenalpasti strategi terbaik untuk 'Sabah MRP'.
?? Wakil JAS Sabah memaklumkan, JAS telah mengeluarkan garis panduan "Environmental Guidelines for Decommisioning of Oil and Gas Facilities in Malaysia" yang boleh menjadi panduan kepada pihak Oil & Gas Operator dan pihak-pihak berkepentingan dalam aspek kawalan pencemaran alam sekitar.
?? Wakil JAS Sabah juga mencadangkan agar pemantauan kualiti air selepas proses decommissioning dibuat dan dipastikan berada di dalam Kelas 2 (Fisheries), MMWQS sebelum pelaksanaan reefing plan (tukun tiruan) bagi memastikan kejayaan pelaksanaan Sabah MRP mencapai objektif yang diharapkan selaras dengan keperluan di bawah garis panduan JAS bagi penyediaan Decomissioning Environmental Plan (DEP).