Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- KERJA-KERJA PEMBERSIHAN SISA KIMIA DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH HARAM BERDEKATAN KG. ORANG ASLI BUKIT JENUK DAN KG. SEMARANG, MUKIM DENGKIL, DAERAH SEPANG, SELANGOR TELAH DIMULAKAN
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 05/08/2022
- Organisasi
- DOE Selangor
Penerangan
Kerja-kerja pembersihan sisa kimia telah dimulakan di tapak pada 9 Julai 2022 (Sabtu) oleh kontraktor yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Ia melibatkan proses sedutan cecair yang bertakung dalam lubang besar yang digali oleh operator haram.
Sebelum kerja-kerja pembersihan dijalankan, pada 5 Julai 2022, pihak kontraktor telah menganalisis kandungan cecair tersebut dan menentukan kaedah pembersihan yang sesuai.