PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

LAGI PREMIS PROSES ‘E-WASTES’ TANPA KELULUSAN DITAHAN OPERASI

DOE Selangor 05/08/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LAGI PREMIS PROSES ‘E-WASTES’ TANPA KELULUSAN DITAHAN OPERASI
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
05/08/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

KLANG, 21 Julai 2022 - Sebuah premis yang cuba mengaburi mata pihak berkuasa apabila berselindung di sebalik nama ‘kilang membuat alat elektronik’ di sini ditahan operasi (kelengkapan) serta merta akibat beroperasi tanpa sebarang kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor. Siasatan oleh sepasukan pegawai penguatkuasa JAS mendapati aktiviti sebenar yang dijalankan dalam premis adalah melerai (dismantle) barangan elektronik terpakai seperti televisyen dan komputer bagi mendapatkan papan litar bercetak (printed circuit board) yang mengandungi logam-logam berharga seperti kuprum, sebelum dijual kepada premis melebur logam. Siasatan turut mendapati barangan elektronik terpakai tersebut dibawa masuk ke negara ini secara tidak sah. Kes disiasat di bawah Seksyen 34B, 34A, 18 dan 19 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan. JAS Negeri Selangor komited untuk terus membanteras aktiviti seumpama ini termasuk menjejaki rantaian aktiviti melibatkan pengimport,agen dan orang tengah (traders) yang terlibat.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan