Penerangan
25 Julai 2022
KL Sentral, Kuala Lumpur
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan pameran kesedaran alam sekitar semasa Majlis Perasmian Hari Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar Sedunia Peringkat Kumpulan Prasarana anjuran Prasarana Malaysia Berhad. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Awang Solahuddin bin Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Pengerusi NCOSH.
Majlis ini telah membuka ruang pameran informative kepada pelbagai agensi kerajaan dan pemegang taruh yang berkaitan bagi memperluaskan pengetahuan kakitangan dan pengunjung yang hadir tentang kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.