PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KAJIAN AUDIT KOMPREHENSIF PENGURUSAN SUMBER AIR NEGARA

DOE Perlis 05/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KAJIAN AUDIT KOMPREHENSIF PENGURUSAN SUMBER AIR NEGARA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
05/08/2022
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

KANGAR, 26 hingga 28 Julai 2022 – Kajian audit komprehensif pengurusan sumber air negara ini telah dijalankan oleh pihak Jabatan Audit Negara bermula dari 26 Julai sehingga 28 Julai 2022 yang melibatkan Jabatan Alam Sekitar Perlis, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Indah Water Konsortium dan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis ke atas premis-premis loji kumbahan persendirian yang terletak di dalam Negeri Perlis. Operasi ini melibatkan keseluruhan tenaga bahagian penguatkuasaan JAS Negeri Perlis seramai enam (6) orang anggota penguatkuasa. Hasil operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas sepuluh (10) premis loji kumbahan persendirian. Sampel pelepasan kumbahan telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk tujuan analisa dan akan disusul dengan tindakan penguatkuasaan. Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan sumber air negara dilaksanakan secara berhemat dan lestari untuk memenuhi keperluan manusia dan alam sekitar di Negeri Perlis. #KementerianAlamSekitarDanAir #JabatanAlamSekitar #JASPerlis #AlamSekitarTanggungjawabBersama #jasperlis_julai2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan