Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM LAWATAN KERJA MAHASISWA DAN PENSYARAH DARI UNIVERSITAS DIPONEGORO SEMARANG, INDONESIA KE STESEN PENGAWASAN KUALITI UDARA AUTOMATIK DI SK PRESINT 18(2), PUTRAJAYA DAN PUSAT DATA ALAM SEKITAR (EDC)
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 29/08/2022
- Organisasi
- DOE WP Putrajaya
Penerangan
Seramai 25 orang pelajar Sarjana Kesihatan Masyarakat serta 2 orang pensyarah dari Universitas Diponegoro, Semarang, Indonesia, yang mengikuti Program “Student Go International (SGI)” telah mengadakan lawatan kerja ke stesen pengawasan kualiti udara automatik (CAQM) di Sekolah Kebangsaan Presint 18(2), Putrajaya dan Pusat Data Alam Sekitar (EDC) pada 26 Julai 2022. Di antara aturcara lawatan ini adalah memberi pendedahan mengenai pengoperasian stesen pengawasan kualiti udara serta fungsi Pusat Data Alam Sekitar (EDC) milik Jabatan Alam Sekitar Malaysia.