PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

BENGKEL OILED WILDLIFE RESPONSE WILAYAH PANTAI TIMUR

DOE WP Putrajaya 04/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL OILED WILDLIFE RESPONSE WILAYAH PANTAI TIMUR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
04/08/2022
Organisasi
DOE WP Putrajaya

Penerangan

Bengkel Oiled Wildlife Response Wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia ini telah diadakan di Kertih, Terengganu bermula 19-21 Julai 2022. Bengkel ini adalah anjuran pihak GHSE PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Encik Shairizal bin Badzli, Head of Crisis and Incident Management, GHSE PETRONAS. Bengkel ini turut melibatkan kehadiran pegawai-pegawai dari JAS Negeri Pahang, JAS Negeri Terengganu & JAS Negeri Kelantan serta agensi kerajaan dan swata yang lain seperti PERHILITAN, Jabatan Perikanan Malaysia, UMT, PIMMAG dan juga OSRL. Selain memastikan kesiapsiagaan bagi tindak balas tumpahan minyak merujuk kepada dokumen Pelan Kontigensi Tumpahan Minyak Malaysia (Malaysia Oil Spill Contingency Plan, MOSCoP), JAS juga bertanggungjawab untuk mengkoordinasikan kesiapsiagaan agensi yg berkaitan bagi tindak balas ke atas hidupan liar yang terkesan akibat insiden tumpahan minyak berdasarkan kepada dokumen Malaysia Oiled Wildlife Response Plan (MOWReP). Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:
  1. memastikan asas kesiapsiagaan agensi dalam menghadapi krisis hidupan liar akibat tumpahan minyak di laut;
  2. melaksanakan penilaian risiko bagi operasi tumpahan minyak dan hidupan liar kesan daripada kejadian tumpahan minyak; dan
iii.        memantapkan hubungan kerjasama antara agensi-agensi yang berkaitan. JAS berharap melalui program ini, kecekapan, komunikasi, koordinasi dan kesiapsiagaan kakitangan setiap agensi yang terlibat dapat ditambah baik dalam usaha untuk memperkasa kesiapsiagaan tindak balas tumpahan minyak khususnya bagi operasi penyelamatan hidupan liar yang terkesan dengan insiden bencana maritim ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan