Penerangan
26 Julai 2022, KLUANG: Susulan aduan awam, pasukan penguatkuasa JAS Johor Cawangan Kluang telah menjalankan siasatan ke atas sebuah premis kitar semula tayar terpakai yang disyaki beroperasi secara haram di Batu 13, Jalan Mersing, Kahang.
Siasatan awal mendapati premis ini baru beroperasi selama sebulan di mana aktiviti yang dijalankan iaitu proses kitar semula tayar terpakai adalah tertakluk di bawah Aktiviti 14: Pengolahan dan Pelupusan, (b) Sisa Pepejal, (ii) Pembinaan Loji pulih guna atau loji kitar semula di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling(Aktiviti yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dimana kelulusan EIA perlu diperolehi sebelum premis boleh beroperasi.
Kertas siasatan akan disediakan dan premis boleh didakwa di bawah Seksyen 34A(6), dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34A(, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Kelengkapan operasi premis telah disita dan pemilik premis ditahan untuk siasatan lanjut. Satu Perintah larangan juga akan dikeluarkan kerana premis beroperasi tanpa kelulusan EIA.
Pihak industri terutamanya adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya. Tindakan tegas akan diambil JAS kepada pihak yang melanggar undang-undang alam sekitar.