Penerangan
Kuala Lumpur, 19 Julai 2022 – Pasukan Post EIA Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan lawatan penguatkuasaan ke salah satu tapak projek Pembinaan Pengangkutan di Kuala Lumpur.
Lawatan ini diadakan bagi memastikan penggerak projek mematuhi semua syarat-syarat EIA yang telah diluluskan. Penggerak projek juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya pada sepanjang masa dan sebarang ketidakpatuhan akan diambil tindakan tegas dan sewajarnya.
Pelaksanaan lawatan penguatkuasaan ini dibuat dengan mengikut SOP dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).