Penerangan
5 Julai 2022, Kuala Lumpur – JAS WPKL telah menjalankan Ops Uji (Gerak) bersepadu bersama JSPT Kuala Lumpur di dataran JSPT, Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur.
JAS WPKL telah bekerjasama dengan pihak JSPT bagi menguji kenderaan motorsikal yang telah disita oleh pihak polis bagi kesalahan pengubahsuai exzos dan bunyi bising di persekitaran Bandaraya Kuala Lumpur pada hujung minggu yang lepas. Sebanyak 16 buah motorsikal telah diuji meter dan 12 daripadanya telah tawarkan kompaun dibawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987 kerana melepaskan bunyi bising melebihi 95 dB(A) yang membawa kepada denda RM 300.00 bagi setiap kompaun serta 13 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974, yang mengkehendaki pemilik motorsikal membuat pengubahan kepada exzos asal dan hadir untuk ujian semula dalam tempoh masa yang ditetapkan. Operasi ini telah melibatkan seramai 5 pegawai dari JAS WPKL dan 4 pegawai dari JSPT Kuala Lumpur. Operasi dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.