PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU OPS OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL) DAN JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT) PERONDA LEBUHRAYA

DOE WP Kuala Lumpur 04/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU OPS OPS GERAK JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL) DAN JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT) PERONDA LEBUHRAYA
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
04/08/2022
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

30 Jun 2022, Kuala Lumpur – JASWPKL telah menjalankan Operasi Bersepadu Ops Gerak bersama JSPT Peronda Lebuhraya di Tol Sg. Besi, Kuala Lumpur. Operasi ini melibatkan seramai 7 pegawai dari JASWPKL dan 11 pegawai dari JSPT. Penguatkuasaan oleh JASWPKL dijalankan ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Dalam operasi ini, JASWPKL telah menjalankan sebanyak 120 ujian visual berbagai jenis kenderaan diesel dan 20 ujian meter asap. Dari jumlah tersebut, sebanyak 8 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 serta 8 kompaun di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 serta 4 Perintah Larangan telah dikeluarkan. Bagi setiap kesalahan, nilai kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM 2000.00 dan keseluruhan nilai kompaun yang telah dikeluarkan di dalam operasi ini adalah sebanyak RM16,000.00. Operasi dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan