Penerangan
23 Jun 2022, Kuala Lumpur – JASWPKL telah menjalankan Operasi Bersepadu (Ops Belang/Ops Gerak) bersama DBKL, JPJ DAN JSPT di Jalan Kuching Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur.
Operasi ini melibatkan seramai tujuh pegawai dari JASWPKL dan 16 pegawai DBKL, lapan pegawai JPJ dan tiga pegawai JSPT . Penguatkuasaan oleh JASWPKL dijalankan ke atas Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Dalam operasi ini, JASWPKL telah menjalankan 105 ujian visual, sepuluh ujian meter asap dan mengeluarkan sebanyak lima Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 serta lima kompaun di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 yang membawa denda sebanyak RM10,000.00. Operasi dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.