PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS AIR RAYA 2022 JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL)

DOE WP Kuala Lumpur 04/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS AIR RAYA 2022 JABATAN ALAM SEKITAR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (JASWPKL)
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
04/08/2022
Organisasi
DOE WP Kuala Lumpur

Penerangan

6 – 7 Julai 2022, Kuala Lumpur - Ops Air Raya 2022 telah dilaksanakan bagi memastikan bahawa sumber air terpelihara dan bebas pencemaran. JASWPKL telah menjalankan Ops Air Raya 2022 pada 6 Julai sehingga 7 Julai 2022. Ops Air Raya 2022 ini bertumpu kepada penguatkuasaan ke atas beberapa premis loji kumbahan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 18 pegawai penguatkuasa melibatkan lapan pasukan penguatkuasa terlibat dalam operasi ini. Operasi ini menghasilkan kepada tindakan penguatkuasaan iaitu 13 arahan di lapangan dan dua notis arahan dikeluarkan kepada beberapa premis loji kumbahan yang tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekitar, 1974. JASWPKL komited memastikan agar setiap premis loji kumbahan sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan sebarang ketidakpatuhan oleh pihak premis akan diambil tindakan tegas dengan sewajarnya. Sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar boleh dilaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol 1800-88-2727, emel ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan