Penerangan
29 – 30 Jun 2022, Kuala Lumpur - Ops Gempur JASWPKL Bil. 6/2022 telah dilaksanakan bagi menguatkuasakan pematuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (AKAS 1974) dan Peraturan – Peraturan di bawahnya. Ops Gempur kali ini bertumpu kepada premis-premis yang bermasalah dan seringkali mempunyai kes aduan pencemaran alam sekitar yang berulang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
JASWPKL komited untuk memastikan setiap premis agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan sebarang ketidakpatuhan oleh pihak premis akan diambil tindakan tegas dengan sewajarnya.
Pelaksanaan Ops Gempur ini melibatkan semua anggota penguatkuasaan JASWPKL dengan mengikut SOP, arahan dan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Alam Sekitar.