Penerangan
KEMAMAN, TERENGGANU, 31 Julai 2022 – Hari ini merupakan cuti umum di Negeri Terengganu bersempena Sambutan Hari Maal Hijrah.
Pasukan penguatkuasa terus menjalankan rondaan di kawasan yang berpotensi berlakunya pencemaran daripada punca-punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Kawasan rondaan melibatkan Kg Besut, Bukit Kuang, Telok Kalong, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Bakau Tinggi, Gong Pauh, Kg. Tempurung, Binjai, Pasir Minal, Mak Lagam, Fikri, Jakar dan Chukai.
Hasil penguatkuasaan hari ini, tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui.
JAS Cawangan Kemaman sentiasa bersiap siaga dalam memastikan punca pencemaran di daerah ini berada pada tahap pematuhan yang memuaskan demi kesejahteraan orang awam dan seluruh hidupan.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu
#jascawkemaman