Penerangan
KUALA TERENGGANU, 31JULAI 2022 – Penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran terus dilaksanakan pada cuti umum di Negeri Terengganu, bersempena Sambutan Maal Hijrah.
Penguatkuasaan ini melibatkan rondaan di sekitar Sungai Tong,Tasik Kenyir, Kuala Berang, Ajil, Batu Puteh, Marang, Chendering, Rusila dan Kuala Ibai.
Hasil rondaan mendapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dikesan.
Pasukan penguatkuasa telah menjumpai longgokan kayu kering di Kg. Tajin, Kuala Berang. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di lokasi berkenaan sebagai amaran keras agar individu terlibat tidak meneruskan aktiviti tersebut.
Selain itu, pemantauan turut dilakukan ke atas kawasan penempatan kilang-kilang di Daerah Setiu, Kuala Berang dan Kuala Terengganu serta Marang.
Hasil pemantauan yang melibatkan empat (4) daerah ini, didapati tiada aktiviti yang mencurigakan ditemui.
Pemantauan juga melibatkan kawasan rekreasi iaitu di Jeti Tasik Kenyir dan Pulau Poh Kenyir, Hulu Terengganu, tiada sebarang pencemaran air dan tumpahan minyak dikesan di kawasan tersebut.
Pemantauan di kawasan Pantai Kuala Ibai juga tidak menemui sebarang kesan pencemaran dari tarball dan tumpahan minyak.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu