PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR BAGI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA TANAH GAMBUT DI SMK TG. ADANG, GELANG PATAH, JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR

DOE Johor 04/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN ALAM SEKITAR BAGI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA TANAH GAMBUT DI SMK TG. ADANG, GELANG PATAH, JOHOR PERINGKAT NEGERI JOHOR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/07/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

18 Julai 2022, Iskandar Puteri - Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dengan kerjasama SMK Tg. Adang, Gelang Patah, Johor telah mengadakan program pendidikan & kesedaran yang melibatkan penyertaan para pelajar dan guru-guru sekolah tersebut. Objektif program ini adalah bagi mendedahkan para pelajar dan guru-guru berkaitan kepentingan penjagaan tanah gambut khususnya dan alam sekitar umumnya selain memberi pengetahuan berkaitan langkah-langkah awal yang perlu diambil sekiranya berlaku pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut. Di antara program yang dijalankan adalah ceramah daripada Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, ceramah daripada Bomba & Penyelamat Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama para pelajar sekolah tersebut. Melalui pelaksanaan program ini, para pelajar dan guru diharap akan lebih cakna mengenai kepentingan tanah gambut selain bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan