PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

TINDAKAN PENAHANAN OPERASI BAGI MENGAWAL PENCEMARAN DI KLUANG

DOE Johor 04/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
TINDAKAN PENAHANAN OPERASI BAGI MENGAWAL PENCEMARAN DI KLUANG
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/07/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

15 Julai 2022 , KLUANG : Satu premis di Kluang dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) kerana melanggar seksyen 25, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana melepaskan efluen berwarna biru ke dalam alur air berdekatan. Selain diarah menghentikan operasi, premis juga diberikan kompaun dan Notis Arahan supaya langkah pembaikan dibuat dengan kadar segera bagi memastikan pencemaran tidak berterusan. Sebarang kegagalan mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dikenakan tindakan yang lebih tegas. Pihak industri dan mana -mana pihak adalah diingatkan supaya sentiasa memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya secara konsisten sepanjang masa.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan