Penerangan
Masai, 13 Julai 2022 : Hasil siasatan di lapangan mendapati tidak menemui lapisan minyak tebal di permukaan air laut dan atas tanah pantai. Selain itu, berdasarkan siasatan lanjut JAS Johor di kawasan berhampiran, tiada bau minyak atau bahan kimia seperti yang diadu.
Pengadu juga telah dihubungi untuk bersama-sama turut serta bersama pegawai JAS bagi mengesahkan lokasi yang diadu.
Semakan industri di kawasan berhampiran juga telah dilakukan bagi memastikan tiada premis yang menjadi dalang dalam kejadian ini.