PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN PEMANTAUAN DI LAUT DAN PEMERIKSAAN KAPAL DI KAWASAN PERAIRAN NEGERI JOHOR

DOE Johor 04/08/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN PEMANTAUAN DI LAUT DAN PEMERIKSAAN KAPAL DI KAWASAN PERAIRAN NEGERI JOHOR
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
30/07/2022
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

Pengerang, 28 Jun 2022 :  Pasukan Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menjalankan rondaan pemantauan di kawasan perairan Selat Johor, Sungai Johor dan Pengerang bagi memastikan tiada sebarang pencemaran daripada aktiviti-aktiviti perkapalan terutamanya buangan atau tumpahan minyak selain mengesan punca-punca pencemaran yang tidak diketahui. Selain itu, satu pemeriksaan kapal telah dibuat secara rawak bagi memastikan operasi dan aktiviti di atas kapal sentiasa mematuhi peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Umumnya, pencemaran laut akan menyebabkan kemusnahan habitat hidupan di kawasan sekitar, bahkan ianya juga boleh menjejaskan industri melibatkan pelancongan dan perikanan. Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarang pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan Malaysia tanpa kebenaran berikutan menurut Seksyen 27 dan Sekyen 29, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata, telinga dan mulut kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan