PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Sesi Libat Urus

PROGRAM PENGHIJAUAN, KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK ANTARA TOPIK PERBINCANGAN BERSAMA YB EXCO ALAM SEKITAR TERENGGANU

DOE Terengganu 31/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGHIJAUAN, KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK ANTARA TOPIK PERBINCANGAN BERSAMA YB EXCO ALAM SEKITAR TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/07/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 4 JULAI 2022, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu telah mengadakan sesi perbincangan bersama YB. Dr. Haji Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah hadir mewakili pengarah JAS Terengganu pada sesi perbincangan ini. Antara topik yang dibincangkan adalah berhubung penganjuran program-program kesedaran dan pendidikan alam sekitar di peringkat Negeri Terengganu yang bakal dilaksanakan pada tahun 2022 ini. JAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih di atas komitmen berterusan Kerajaan Negeri Terengganu dalam menyokong dan menjayakan program-program kesedaran dan pendidikan alam sekitar di negeri ini. #KementerianAlamSekitarDanAir #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan