PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPS AIR RAYA JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 31/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPS AIR RAYA JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/07/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU  7 JULAI 2022 - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu  telah menjalankan Operasi Bersepadu 'Ops Air Raya' bermula 3 Julai sehingga 7 Julai 2022. Seramai 16 orang pegawai penguatkuasa JAS, yang terdiri daripada 9 anggota JAS di Kuala Terengganu  dan 7  dari Cawangan Kemaman, menjadikan jumlah pasukan  yang terlibat dalam operasi ini sebanyak 6 pasukan . Dalam operasi ini JAS Terengganu telah menyasarkan beberapa premis yang dikategorikan sebagai Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT), antaranya  termasuklah Loji Rawatan Kumbahan. Sebanyak 18 arahan di lapangan dan 1 notis arahan telah dikeluarkan semasa Ops Air Raya pada kali ini. JAS Terengganu sentiasa mengingatkan kepada premis-premis yang beroperasi di negeri ini agar sentiasa memastikan operasi kilang mereka berada pada tahap yang baik pada setiap masa. Tindakan tegas akan diambil,  jika berlaku sebarang pelanggaran di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang jelas mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan kesihatan orang awam. Sebarang aduan orang awam boleh melaporkan kes-kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol :1-800-88-2727 dan atau melalui e-aduan di [email protected].   #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasterengganu

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan