Penerangan
KUALA TERENGGANU, 23 JULAI 2022: – Kerjasama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI), JAS Terengganu dan Syarikat KT Wan Recycle telah berjaya menganjurkan Program “Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) dari Isirumah, bertempat di Perkarangan PEDI Chendering, Kuala Terengganu
Komitmen berterusan dalam penganjuran program ini bertujuan untuk terus meningkatkan kesedaran orang awam akan tanggungjawab terhadap pengurusan buangan e-waste diuruskan dengan cara yang mesra alam mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005
Program yang bermula pada 9:00 pagi hingga 1:00 tengahari berjaya mengutip e-waste berjumlah 2,015 kg.
JAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama ini, dalam memastikan e-waste diuruskan dan dilupuskan dengan betul dan selamat.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama