PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI STATIK BERSEPADU DI SEMPADAN TERENGGANU/KELANTAN

DOE Terengganu 31/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI STATIK BERSEPADU DI SEMPADAN TERENGGANU/KELANTAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/07/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 24 Julai 2022 – Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu dan JAS Kelantan bersama Polis Trafik Daerah Besut, telah menjalankan Operasi Statik di sempadan Terengganu/Kelantan (Kampung Bukit Yong). Operasi bersepadu ini dijalankan bertujuan untuk menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan bagi Pelepasan Daripada Enjin Diesel ) 1996 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996, di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Operasi yang dijalankan pada 18-19 Julai ini melibatkan 4 pegawai daripada JAS Terengganu, 4 pegawai JAS Kelantan dan 4 pegawai Polis Trafik IPD Besut. Hasil operasi ini, sebanyak 400 ujian visual terhadap berbagai jenis kenderaan diesel dan petrol. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 8 kenderaan telah diuji dengan menggunakan meter asap dan 2 kompaun serta 8 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 telah dikeluarkan. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasterengganu  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan