PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN BERTERUSAN KE ATAS PUNCA PENCEMARAN, DEMI KESEJAHTERAAN SELURUH MASYARAKAT

DOE Terengganu 31/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN BERTERUSAN KE ATAS PUNCA PENCEMARAN, DEMI KESEJAHTERAAN SELURUH MASYARAKAT
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/07/2022
Organisasi
DOE Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 30 JULAI 2022 – Penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran pada cuti hujung minggu adalah tanggungjawab dan komitmen yang berterusan untuk kesejahteraan seluruh masyarakat di Negeri ini. Kawasan Batu Burok, Chendering, Rusila, Kuala Ibai, Rhu Rendang, Bukit Payong, Pulau Kerengga dan Merchang adalah kawasan rondaan yang terlibat dalam pemantauan punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hasil rondaan didapati tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka dikesan. Pemantauan premis-premis yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Chendering dan Kawasan Perindustrian Bukit Kor mendapati tiada kes-kes yang mencurigakan ditemui dan tiada kejadian pencemaran udara dan air di kesan di sekitar lokasi tersebut. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasterengganu

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan