Penerangan
KUALA TERENGGANU, 29 JULAI 2022 – Penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran pada cuti hujung minggu adalah tanggungjawab dan komitmen yang berterusan dalam memastikan punca pencemaran di negeri ini berada pada tahap yang baik dan patuh kepada peruntukan undang-undang di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Penguatkuasaan hari ini telah dilakukan di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut. Hasil penguatkuasaan yang melibatkan 4 daerah ini, tiada pembakaran terbuka dikesan.
Pemantauan ke atas kilang-kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Gong Badak dan Kawasan Perindustrian Gong Medang didapati tiada kejadian yang abnormal dan mencurigakan dikesan.
Longgokan sisa kayu hasil daripada kerja pembersihan tanah telahg dijumpai di Kawasan Perindustrian Gong Badak. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang sebagai amaran keras dan peringatan kepada sesiapa yang terlibat agar aktiviti tersebut dihentikan.
Pemantauan di kawasan Pantai Kg. Lembah Bidong juga dilakukan dan didapati tiada pencemaran tarball di sepanjang pantai tersebut.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasterengganu