PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENGUATKUASAAN KE ATAS PUNCA PENCEMARAN DILAKUKAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU

DOE Terengganu 31/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENGUATKUASAAN KE ATAS PUNCA PENCEMARAN DILAKUKAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/07/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 23 JULAI 2022 – Penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemaran terus dilaksanakan pada cuti hujung minggu. Penguatkuasaan ini melibatkan siasat aduan pembakaran terbuka di Kampung Bukit Bayas, Pasir Panjang. Hasil siasatan telah menjumpai kesan pembakaran terbuka sampah sarap yang bersaiz kecil dikawasan kejiranan. Rumah didapati tiada penghuni dan risalah larangan pembakaran terbuka telah ditampal pada dinding rumah berkenaan. Siasatan ke atas laporan “Hotspot” juga melibatkan operasi kilang di kawasan Santong, Paka. Hasil siasatan mendapati ianya berpunca daripada “system flaring” kilang yang dalam proses penyelenggaraan dan aktiviti ini dalam pemakluman dan pemantauan JAS Terengganu. Rondaan di sekitar jalan pantai ke Kuala Terengganu, Marang, Merchang, Rhu Batil, Dungun, Santong dan Paka, tiada pembakaran terbuka dikesan. Satu  longgokan pokok daripada aktiviti pembersihan kawasan di Kg. Pulau Kerenga telah dijumpai.  Pemasangan banner larangan  pembakaran terbuka dtelah dilakukan  bagi mengingatkan penduduk sekitar dan pemilik tanah akan kesalahan dan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan sekiranya aktiviti tersebut diteruskan. Rondaan di Pantai Cacar, Paka. Tiada pencemaran bebola tar ( tarball)  ditemui di sepanjang pantai tersebut. Pemantauan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Paka, mendapati tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan sepanjang pemantauan dijalankan di kawasan perindustrian ini. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasterengganu

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan