PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUTI HUJUNG MINGGU

DOE Terengganu 31/07/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN PUNCA PENCEMARAN DAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA PADA CUTI HUJUNG MINGGU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/07/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

KUALA TERENGGANU, 22 JULAI 2022 - JAS Terengganu terus menjalankan rondaan bagi memantau punca-punca pencemaran  yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan ini melibatkan sekitar Kuala Terengganu, Kawasan Perindustrian Gong Badak, Batu Rakit, Merang, Rhu Sepuluh, Penarik, Kg.Mangkok,  Saujana, Kg.Guntong dan Kg.Chalok. Hasil rondaan ini, tiada pembakaran terbuka dikesan. Pemantauan kilang-kilang  di Kawasan Perindustrian Gong Badak juga, didapati tiada aktiviti yang mencurigakan dikesan. Rondaan di jalan Pantai ke Penarik telah menjumpai longgokan sisa pokok, hasil dari kerja pembersihan tanah. Tindakan susulan telah diambil dengan memasang banner larangan pembakaran terbuka, sebagai amaran keras kepada sesiapa sahaja yang terlibat, agar aktiviti ini tidak diteruskan. Pemantauan di Pantai Kg.Mangkok, Setiu, mendapati tiada pencemaran bebola tar (tarball) dikesan  di sepanjang pantai tersebut. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasterengganu

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan